Isnin, 5 April 2010

Memeriksa Longkang Di Setiap Lorong Kampung Delek

Batang pokok kelapa yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab ke dalam longkang.


Keadaan longkang dibelakang rumah yang sudah ditutupi dengan rumput-rumput dan pokok-pokok mati.


Keadaan longkang konkrit di Kampung Delek Kanan sehingga benteng dipenuhi dengan tumbuhan seperti keladi bunting.


Sampah sarap yang terkandas di anak sungai.


Keadaan anak sungai di benteng Kampung Delek Kanan.

AJK sedang memantau anak sungai di kampung delek dalam.
En.Yahya sedang memeriksa longkang di kawasan perumahan.









Selasa, 2 Februari 2010

Keputusan Ujian Kualiti Air




Latihan Praktikal RIVER Ranger Sungai Klang






Para peserta telah dipecahkan kepada 3 kumpulan mengikut kampung masing-masing. Kg. Delek yang dibantu fasilitator daripada GEC iaitu Cik Shafinas dan En. Tan Hock Huat dari MPK telah memberi penerangan secara ringkas bagaimana hendak melakukan ujian kualiti air di Sungai Kapar Kg. Budiman dan Kunci Air Sg. Sireh. Seterusnya para peserta melakukan ujian kualiti air yang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu pemantauan secara Biologi, Kimia, Fizikal dan Kad Laporan Sungai.

Latihan Teori RIVER Ranger Sungai Klang





Dr. K.Khalitasan dari Global Environment Centre telah dilantik oleh Pejabat Menteri Besar Selangor untuk memberi penerangan kepada peserta berkenaan perihal sungai dari aspek punca, masalah dan kepentingan sungai kepada manusia. Para peserta menunjukkan minat dan mendengar dengan khusyuk sewaktu pembentangan teori oleh Dr. Khali.

PERASMIAN PROGRAM RIVER RANGER SUNGAI KLANG ZON 1 : MPK



Program RIVER Ranger Sungai Klang Zon 1 : MPK telah diadakan pada 24 Januari 2010 (Ahad), bertempat di Auditorium MPK. Ahli Majlis MPK iaitu Tuan Haji Jamuliddin bin Elias telah berbesar hati merasmikan program ini; selain wakil Pejabat Menteri Besar Negeri Selangor iaitu En. Eliyas Jamil dan En. Zainudin Jumaat dari JPBD Negeri Selangor turut serta memeriahkan program ini. Seramai 45 orang peserta daripada komuniti JKKK Kg. Delek, JKKK Kg. Sg. Udang dan JKKK Kg. Sg. Pinang Bandar serta peserta daripada JPBD Negeri Selangor dan MPK telah hadir untuk menjayakan program RIVER Ranger Sungai Klang Zon 1 : MPK.

Khamis, 14 Januari 2010

WELCOME!

The RIVER Ranger is designed by Global Environment Centre (www.gecnet.info ) as an educational awareness and action programme. The programme emphasizes on every aspect of freshwater ecosytems, including its biodiversity, values and benefit to mankind.The programme aims to expand the knowledge and awareness of participants in local environment management and conservation. Participants will learn to appreciate and value our water source, and the importance of sustaining it for future generations. The ultimate outcome of the RIVER Ranger Programme will see participants that have been empowered to initiate and implement river basin audits, conservation projects, and resource management in their respective communities.