PERASMIAN PROGRAM RIVER RANGER SUNGAI KLANG ZON 1 : MPK
Program RIVER Ranger Sungai Klang Zon 1 : MPK telah diadakan pada 24 Januari 2010 (Ahad), bertempat di Auditorium MPK. Ahli Majlis MPK iaitu Tuan Haji Jamuliddin bin Elias telah berbesar hati merasmikan program ini; selain wakil Pejabat Menteri Besar Negeri Selangor iaitu En. Eliyas Jamil dan En. Zainudin Jumaat dari JPBD Negeri Selangor turut serta memeriahkan program ini. Seramai 45 orang peserta daripada komuniti JKKK Kg. Delek, JKKK Kg. Sg. Udang dan JKKK Kg. Sg. Pinang Bandar serta peserta daripada JPBD Negeri Selangor dan MPK telah hadir untuk menjayakan program RIVER Ranger Sungai Klang Zon 1 : MPK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan